Berhubungan Badan Saat Hamil



Berhubungan Badan saat hamil boleh dilakukan sampai masa air ketuban pecah. Sudah tentu dengan kehamilan normal. Namun, jika anda mengalami gangguan dengan kehamilan anda seperti pendarahan atau plasenta previa dianjurkan anda untuk konsultasi dengan dokter.
Kajian telah membuktikan yang melakukan hubungan badan semasa hamil tidak dikaitkan dengan kelahiran pramatang jika kehamilan itu sihat dan normal. Malah, satu kajian menunjukkan wanita hamil yang melakukan hubungan badan secara teratur selama kehamilan kurang cenderung mengalami kelahiran pramatang. 
Apakah Berhubungan Badan Membahayakan Bayi?
Anda tidak akan membahayakan bayi, walaupun suami anda mengambil posisi di atas. Penyumbat mukus yang tebal yang menutup serviks membantu melindungi bayi daripada jangkitan. Kantung amnion dan otot-otot uterus yang kuat juga melindungi bayi. Walaupun fetus anda agak bergerak kencang selepas klimaks, ini disebabkan oleh jantung anda yang mengepam kuat, bukan kerana dia tahu apa yang berlaku atau mengalami kesakitan.

Walau bagaimanapun, ada keadaan-keadaan penting, di mana anda akan dinasehatkan supaya tidak melakukan persetubuhan. Ini termasuk:
pendarahan;
sakit atau kekejangan abdomen
ketuban pecah
sejarah kelemahan serviks
plasenta previa, terutama jika anda pernah mengalami pendarahan.

Anda mungkin akan dinasihat mengelakkan hubungan badan jika suami anda menghidap herpes genital. Jika anda menghidap herpes genital untuk kali pertama semasa mengandung, ada kemungkinan ia boleh dijangkitkan kepada bayi dalam kandungan anda. 
Apakah Nikmatnya Sama?
Lebih baik bagi setengah wanita, tidak begitu baik untuk yang lain. Pengaliran darah ke ruang pelvis bertambah dan boleh menyebabkan alat kelamin membengkak dan menambahkan sensasi. Tetapi, dalam masa yang sama, rasa kepenuhan ini membuat sesetengah wanita rasa tak selesa selepas persetubuhan berakhir. Sesetengah wanita juga mengalami kesakitan bila melakukan hubungan badan semasa hamil.

Ada juga wanita yang mengalami kekejangan abdomen semasa atau sesudah persetubuhan kerana klimaks boleh menyebabkan kontraksi-kontraksi yang lebih ketara pada trimester ketiga. Ini mungkin membuat anda tidak selesa untuk beberapa minit, tetapi kekejangan uterus akan beredar, sama seperti semasa kontraksi Braxton Hicks. (http://www.babycenter.com.my/a1045027/seks-semasa-hamil#ixzz2viufZLE4)
Dalam kehamilan normal, melakukan seks tidak ada hubungannya dengan keguguran, anda bebas Berhubungan Badan Saat Hamil, apa lagi jika anda merasa seksi, hal itu baik untuk anda nikmati sepanjang kehamilan anda dan suami pada masa kini atau sesudah si bayi lahir.